Monday, 14 January 2019

PENGENALAN

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

 Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.

Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris.

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK 
VIDEO INI DIAMBIL DARI YOUTUBE (JOS KIRIN)
https://www.youtube.com/channel/UCM-1DsRNME8BC8wHqZ443qA

OBJEKTIF PENULISAN

Objektif penulisan ini ialah mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa singkat terutamananya di laman social supaya pembaca tidak terpengaruh. Selain itu,kita juga dapat mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar dan kanak-kanak supaya penggunaan bahasa dapat dijaga. Selain daripada itu,kita dapat membincangkan cabaran yang dihadapi dalam memartabatkan bahasa melayu pada masa kini. Justeru itu,kita haruslah mengenal pasti langkah-langkah mempromosikan penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian masyarakat agar tidak ketinggalan zaman. Akhir sekali,kita sepatutnya megkaji penggunaan media massa yang mempengaruhi remaja dalam penggunaan bahasa rojak yang berleluasa.

ISU ISU BERKAITAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK


Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Antara isu-isu penggunaan bahasa rojak ialah:



  • Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah “dorang”, "kitorang", “glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.
  • Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama barat seperti Precinct,Boulevard dan Parcel.
  • TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai.
  • PUNCA PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SEMAKIN BERLELUASA



     Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin
     menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.

    Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.

    IMPAK PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

    - Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.

    - Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.

    - Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurangan.

    - Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.

    - Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.


    PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA

    1.Penglibatan secara proaktif oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi 
    -Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa/mahasiswi ialah menganjurkan minggu Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing.Hal ini akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia.

    2.Memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa

    -Pelajar tempatan perlu memberi dorongan kepada antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.Hal ini sekaligus dapat membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, negara kita akan dipandang gah di persada dunia.

    3.Memupuk sifat rajin untuk mempelajari bahasa Malaysia

    -Sebagai pelajar perlulah rajin mempelajari bahasa Malaysia kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Malaysia melalui pelbagai cara yang berkesan seperti membaca buku bahasa Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia dengan betul.

    Monday, 7 January 2019

    KESIMPULAN

    Sebagai menggulung segala hujah kami di atas,usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita(bahasa melayu)perlu diberi perhatian agar bahasa melayu menjadi jiwa bangsa,sekaligus dapat mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa luar.Keaslian bahasa melayu harus dipelihara agar ianya dapat digunakan dengan betul dan tidak dicampur-campurkan dengan bahasa lain.Bak kata pepatah,''yang kurik itu kendi,yang merah itu saga,yang baik itu budi,yang indah itu bahasa''.

    Akhir sekali,daripada kajian yang telah dilakukan,dapat kita lihat bahawa penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu faktor kejatuhan martabat bahasa melayu.Bagi mengembalikan martabat bahasa melayu semua pihak haruslah mempelbagaikan bahasa melayu dari setiap usrusan.Hapuskan sikap memandang rendah terhadap penggunaan bahasa melayu dan menggunakan bahasa melayu sebagai medium utama di setiap pembelajaran di sekolah ataupun kolej/universiti.





    RUJUKAN 

    1.http://amirulazwanbahasarojak.blogspot.com/2017/02/blog-post_14.html


    3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak

    Wednesday, 19 December 2018

    Tentang Kami

         




           Ini adalah ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan:


    NURIN IZZATUL ATHIRAH BINTI SANUSI
    30DIB17F1024

    ROS ARISHA BINTI TAUFIK
    30DIB17F1025

    NORSYAHIDAH BINTI AHMAD SABRI
    30DIB17F1027