Monday, 7 January 2019

KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala hujah kami di atas,usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita(bahasa melayu)perlu diberi perhatian agar bahasa melayu menjadi jiwa bangsa,sekaligus dapat mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa luar.Keaslian bahasa melayu harus dipelihara agar ianya dapat digunakan dengan betul dan tidak dicampur-campurkan dengan bahasa lain.Bak kata pepatah,''yang kurik itu kendi,yang merah itu saga,yang baik itu budi,yang indah itu bahasa''.

Akhir sekali,daripada kajian yang telah dilakukan,dapat kita lihat bahawa penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu faktor kejatuhan martabat bahasa melayu.Bagi mengembalikan martabat bahasa melayu semua pihak haruslah mempelbagaikan bahasa melayu dari setiap usrusan.Hapuskan sikap memandang rendah terhadap penggunaan bahasa melayu dan menggunakan bahasa melayu sebagai medium utama di setiap pembelajaran di sekolah ataupun kolej/universiti.





RUJUKAN 

1.http://amirulazwanbahasarojak.blogspot.com/2017/02/blog-post_14.html


3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak

No comments:

Post a Comment